Monday, July 28, 2008

#1 : Karikatur Nabi Muhammad S.A.W...TAHU or TAK TAHU

First time menulis blog.Ni sumer disebabkan oleh isu Karikatur Nabi yang melanda beberapa minggu lepas.Dah sampai aku tak tahan.Sampai meluat dengan reaksi2 extremis ni, terpaksa la aku menulis.Menyampah sangat dah ngan mesej2 sampah yang suruh boikot barangan2 denmark yang kononnya nak menegakkan kebenaran.


“Boikot barangan Denmark”. Itu lah ucapan dan pesanan yg selalu diforwardkan oleh orang-orang yang menganggap diri mereka Islam. Kenapa aku ckp mcm tu? Mesti korang akan ingat betapa jahil nya aku ni. Kenapa pulak kita nak boikot barangan diorang? Bukankah diorang jugak la menjadi nadi dan sumbangan ekonomi pada Negara kita. Barangan je pun yg diorang jual. Bukannya apa sangat. Kalau dah rasa kualiti barangan diorang lagi baik daripada yang lain, beli je la, tapi sebab nak boikot punya pasal, tak jadik la beli. Contoh la kan, kita gi kedai kasut. Nampak satu kasut ni. Lawa, kualiti memang paling bagus la daripada yang lain. Tapi tengok-tengok, “MADE IN DENMARK”. Terus tak jadi beli. Beli la kasut Bata yang dalam 3 bulan jer dah terkoyak. Tak ke bodoh namanya tu.


Tapi aku bukan nak cerita pasal kasut atau pun boikot. Yang aku nak citer kat sini pasal isu karikatur Nabi tuh. Orang semua sibuk duk nak protes la, buat kekecohan, bunuh la. Kalau nak bunuh tu kena la pastikan bunuh betul-betul. Jangan sekadar hangat-hangat taik ayam je.


Kita duk sibuk marah kat diorang pasal kutuk nabi junjungan kita. Tapi bagi aku yang berfikir luar dari kebiasaan ni, “LANTAK DEME LA…”. Kenapa aku cakap macam tu? Jahil giler aku ni. Nak kena bunuh ke ape. Aku cakap ni bukan sebab apa. Tgh makan-makan ngan sorang mamat ni. Tetibe je timbul la isu neh. Dengan selamba badak nya dia jawab, “So what??Nak tengok?Tengoklah..” gile ape mamat ni. Tapi kena la dengar penjelasan dia dulu.


Ada tiga sebab kenapa dia cakap macam tu. Yang pertama, dia (org Denmark tu la) tak TAK TAHU pun yang benda tu salah. So, ape yg kita nak bising-bising?Bukannya diorang penah tengok muka Nabi pon. Bukannya penah jumpa dalam mimpi ke ape ke. Orang kristian sendiri pon melawak ngan agama diorang. Tengokla dalam muvi-muvi omputih. Diorang tak heran pon. Sebab yang kedua, diorg tak tahu pon asal-usul atau sejarah Nabi. So, ape nak dihairankan. Dah memang diorang dikurniakan akal fikiran untuk berfikir. Mungkin sebab terlalu rajin berfikir sehingga nak kaji pasal Nabi tu, terkeluar la idea untuk melukis karikatur tu. Dan sebab yang ketiga diorang tak memahami apa itu Islam. So, what the hell la kan. Lantak deme la. Kita yang TAHU ni jangan pulak buat cam tu.


Lepas tu ditambahkan lagi dengan ayat yang lagi membuatkan aku pun cuak. “..kita sendiri pon hari-hari duk hina nabi tak perasan plak.” Uish..bila masa pulak aku hina nabi nih. Benda ni memang kita tak sedar. Ye la kan, secara tak langsung kita buat. Apa tak nya. Berapa banyak “pusat Islam” yang tiap-tiap hari kita jumpe zaman skarang ni. Tak caye? Gi la shopping kompleks ke, restoran ke, mesti jumpe punya. Ape “pusat Islam” tu. Haha. Apa yang dimaksudkan oleh “pusat Islam” kat sini ialah pompuan yang beragama Islam memakai baju adik-adik (baju kecik ketat) sehingga la menunjukkan pusat mereka. Tapi lagi best sebab bukan pusat je bole nampak, kekadang tu panties pon boleh nampak. Kaler pink la, hijau la, hitam la. Kite yang laki ni, takan la nak toleh tempat lain kan. Dah rezeki depan mata, tgk je la. Kalo tak tengok tu bahlul namanya. Macam mana benda ni bole berkait ngan hina nabi pulak kan?? Satu lagi persoalan timbul. Ye la, kite tengok pada ajaran Islam, ade ke disuruh pakai pakaian yang macam tu. Bukan ke kat situ kita dah menghina dan mencemarkan agama kita sendiri. Lepas tu dikaitkan dengan siapa pulak yang membawa Islam tu?? Nabi la kan. Dah kita hina apa yang dibawa oleh Nabi, bukankah secara automatiknya kita menghina baginda. Contoh paling mudah la, mak kita masak. Kita pun makan. Sekali masin la plak. Tak sedap. Pastu terus kita kutuk makanan tu. Siapa yang membuat makanan tu?? Mak kita sendiri. Same la macam kita hina mak kita jugak. So, kita yang TAHU ni menghina nabi hari-hari boleh pulak?? Apsal x kena hukum bunuh jugak?? Apsal tak protes??


Kalau kita ni yang TAHU pun selalu hina nabi, kenapa kita beriya-iya pulak nak marah kat orang-orang yang TAK TAHU tu kan?? Sama la macam kes sumbang mahram, bapak rogol anak ke datuk rogol anak ke. Masuk mahkamah pakai songkok pakai kopiah. Mengaku Islam. Nak tunjuk la yang dia ni beragama Islam. FCUK aa..dah salah baru nak ngaku Islam pulak. Mase tengah melenjan anak tuh tak ingat pulak dia Islam. Sesuai sangat ke pakaikan songkok yang konon simbolik Islam pada orang-orang yang macam tuh. Bukankah cara macam tu jugak menghina ajaran Islam, yang bagi aku la, secara terang-terangan menghina Islam and secara automatic menghina pembawa agama tu, Nabi Muhammad S.A.W.


Abu Jahal dulu, lagi teruk hina nabi. Sampai nak bunuh nabi. Apsal time pegi umrah ke, haji ke, takde pulak orang nak pegi kat kubur Abu Jahal kencing kt situ, berak ke ludah ke kat kubur die. Tengok pulak dalam universiti la contohnye. Kenapa yang selalu scorer budak Cina. Yang power-power selalu dapat first class honor budak cina jer. Sedangkan kita sendiri tahu ajaran kita bawak ni adalah yang paling baik. So apsal kita sendiri tak apply dalam kehidupan seharian. Tunjukkan kita ni scorer jugak malah lebih baik drp diorang. Kalo kat U aku ni la, geng-geng rakan masjid ni. Kenapa x jadik scorer. Result setakat paras selamat jer. Bukanke selalu je diorang ni gi usrah la, ceramah la. Tapi dalam penampilan diri ngan kualiti kerja cam sial. Meeting untuk projek tak datang. Bile tanye cakap ade usrah. Pastuh bile suh wat keje setakat copy paste jer. Budak-budak “pusat Islam” ni kekadang jauh lagi bagus daripada diorang sendiri. Pandai bawak diri sendiri. Kualiti kerja ngan prestasi diorang jauh lebih baik drp mereka-mereka yang selalu qiamulail malam-malam, yang selalu mengajak orang berdakwah. Tapi dalam bab penampilan diri, zero. Bile dah penampilan diri tu hampeh, kualiti kerja pun jadik hampeh. Wat the FCUK?? Mengaku berdakwah. Tapi kualiti kerja macam taik. Kenapa tak tunjukkan yang kualiti kerja kita juga hebat sebagaimana ajran yang kita bawak?? So, kenapa nak marah orang yang lukis kartun tu??kenapa nak marah org yang TAK TAHU, tapi orang yang TAHU dibiarkan je??


Kesimpulannya, tak perlu la kita nak berkobar-kobar marah ngan orang-orang yang TAK TAHU ni. Kita yang TAHU ni sepatut nya kaji selidik dulu diri kita sendiri. Disebabkan mamat tu la mind aku lebih terbuka. Kesalahan-kesalahan kecil yang kita buat setiap hari baru nampak. Kalo tak, memang pemikiran aku akan jadik seumpama ngan bebudak masjid tuh. Mungkin juga, aku patut berterima kasih ngan orang-orang yang TAK TAHU ni sebab telah membuka minda aku. Kalo takde isu nih, takde pulak aku akan terfikir sepertimana yang aku tulis nih. Aku ingat lagi pesanan mamat tu, kalau ada orang yg berkobar2 dok kata itu ini pasal agama, kononnya cakap berdegor2 pasal Nabi, dok marah sungguh2 kat orang yg melukis tuh, ko tempeleng dia dulu... then baru jelaskan supaya jangan jadi macam Abdullah bin Ubai"..hohoho..aku sendiri pun tak berani buat, sebab aku sendiri pun rosak. At least, aku harap ape yang aku tulis ni dapat la membuka sikit pemikiran kita. Takde la pulak aku nak paksa korang terima. Itu hak korang. Peduli ape aku. Ni just pandangan aku jer.

Begitulah adanya…

0 comments: