Hormat kepada ibu dan bapa. Perkara ni aku rasa dah kira komen la bg semua orang. Tapi still ramai lagi yang tak sedar.
Ada jugak yang still melawan cakap mak bapak. Wira Tempur aku slalu mengingatkan aku supaya buat baik kat mak bapak. Biar huduh atau jahat mane pon mak bapak kita, they are still our parents. U cannot change it. Ingatlah tanpa mak dan bapak takkan terhasil nya kita.
Hasil hubungan kasih sayang mak dan bapak itulah yang menjadikan kita di dunia ni. So ape la yang kita nak bangga sangat ngan diri kita ni. Yang kita bawak ke hulu ke hilir ni mak bapak kita. Contoh cam aku la kan senang, yang aku bawak ni Che Daud ngan Che Ramlah. Syaiful Ashraf tuh just name bagi combination both of them. So ape yang aku ade??Takde ape pon pada diri aku nih. Disabitkan diorang jugaklah aku jadik seperti sekarang nih. Kalo nak kawen contohnye la kan, yang first sekali mak bapak pompuan tu akan tanya ialah, “Anak saper tuh??” takkan ditanya nama kita.
Sifat berani dan gagah yang ada pada diri kita nih adalah lahir dari ibu dan bapa kita sendiri. Sifat berani sebagai contoh, ada pada mak. Kenapa sifat berani tu ade pada mak?? Cube renungkan dan fikirkan balik, ada ke orang yang berani membawa dua nyawa pada satu masa? Hanya ibu yang berani. Time mase nak beranak, betapa berani nya ibu bertarung nyawa antara hidup dan mati untuk melahirkan kita. So kenapa senang2 je kita nak lupekan pada mak kita. Asal dah rase hebat sket, dah naik ego. Jatuhkan maruah mak kita. Lawan cakap mak. Tunjuk berani. Sedarlah sket yang kita ni takde ape pon. Tak perlu la nak act ngan kehebatan kita.
Keduanya sifat gagah. Sifat gagah ni ada pada bapa. Kalo bapa tiada sifat gagah, for sure anak2 mati kebuluran. Betapa gagah nya bapa kita berkerja keras untuk memastikan anak-anak nya cukup makan, hidup selesa. Gagahnya bapa kita berusaha demi kejayaan anak-anaknya. Tidak hiraukan penat lelahnya. Tidak hiraukan sihat sakitnya, semata-mata hendak melihat keluarganya senang dan bahagia. Jadi, sekali lagi aku ulang, apelah yang ade pada kita ni?? Kita ni tiada apa-apa.
Keberanian dan kegagahan tu jugaklah bermula ketika hubungan suami dan isteri. Maybe ape yang aku nak ceritakan ni tak boleh diterima oleh sesetengah golongan. Tapi aku pedulik hape, ni blog aku. Cube kita tengok betapa berani nya si isteri, rela dicucuk di atas ranjang. Rela dihenjut. Berani nya si isteri membiarkan si suami menusuk ke dalam dirinya. Dan betapa gagahnya si suami menghenjut tidak kira penat lelah, tidak kira berapa jam. Kalo tak gagah bapa kita, takkan adanya kita. Betapa kasihnya si suami kepada isterinya menghenjut si isteri dengan penuh kelembutan serta belaian, dan betapa sayangnya si isteri kepada si suami dengan menerima apa sahaja yang dilakukan kepadanya. Dan daripada kasih dan sayang itulah terhasilnya anak.
Bab ibu bapa ni kalo nak diceritakan memang takkan habis. Kekadang kita sendiri pon buat mak bapak kita kecil hati ngan kita. Tapi seboleh-bolehnya kita elakkan. Jika kita berjaya suatu hari nanti, naikkan diorang. Jangan la pulak kita buang diorang bagaikan paku yang dah berkarat.
Mungkin susah bagi sesetengah orang yang berada jauh daripada keluarga mereka nak rapat ngan mak bapak. Kadangkala, disebabkan berjauhan dengan mereka la kita lupa diri. Lupakan mereka. Kalo dari segi zahirnya memang susah nak rapat dan mesra ngan mak bapak jika kita berjauhan. Tetapi, kita boleh merapatkan diri kita dengan mereka secara rohani.
Macam mana dari segi rohani tuh?? Mungkin korang tak pernah dengar benda nih, and maybe sesetengah orang pernah dengar. Walau kita berjauhan dengan mereka, kita masih lagi boleh merapatkan hubungan kita secara rohani dengan menghadiahkan surah al-ikhlas (3 kali) kepada mereka. Bak kate pepatah, jauh di mata dekat di hati. Niatkan dalam diri kita untuk mereka. Tiada salahnya. Tidak salah mencuba. Dan insya-Allah hubungan kita dan ibu bapa akan menjadi lebih intim. Memang konfius bende nih. Tak lojik kan?? Tapi ade kebenarannya. Cubalah dan tengok.
Memang aku yakin, jika kita taat pada ibu bapa kita, konfem hidup kita bahagia dunia akhirat. Malah kita akan mencapai ape yang tak pernah dicapai oleh kita. Kalo nak kira pasal kisah-kisah melawan mak bapak ni banyak sangat dan aku rase tak perlulah aku nak kasi example kat sini. Percaya atau tidak, daripada kita metaati ibu bapa akan membawa kita kepada yang Esa. Macam mana taat pada ibu bapa boleh membawa kita dekat kepada tuhan?? Kite kenalah mengenali diri kita dahulu. Kenal asal usul kita. Dari mana kita datang. Punca kewujudan kita. Bukankah dari ibu bapa?? Dari mana ibu bapa kita datang?? Dari atuk dan nenek kita, mereka plak dari moyang kita dan seterusnya hinggalah ke nabi Adam. And lastly dari mana datangnya nabi Adam tu?? Bukankah dari Allah?? Memang susah nak belajar sampai ke situ. Perlukan masa yang lama untuk memahaminya. Jadi, kita mulakanlah dengan ibu bapa kita dulu.
So, aku harap-harap sangat supaya diri aku sendiri dan rakan-rakan aku dan juga pembaca blog aku ni fikirkanlah ape yang aku tulis nih. Aku sendiri pon takut juga benda nih terjadi pada diri aku sendiri. Susah woo kalo jadik benda camni. Aku berpesan pada korang semua ngan diri aku sendiri, bile kita dah berjaya tu, kita angkat lah diorang, letakkan kedudukan diorang tuh lebih tinggi daripada kita. Jangan sesekali kite perlekehkan mereka. Ingatlah ke mana kita pergi dan segala perbuatan kita mencerminkan ibu bapa kita.
Renungkanlah….
No comments:
Post a Comment