Monday, July 28, 2008

#3 : Teka-Teki

Teringat plak citer P. Ramle, teka-teki dalam citer nujum Pak Belalang tu pasal "banyak-bayak, sedikit-sedikit, kadang-kadang dan jarang-jarang.". Benda ni sebenarnya berkaitan ngan golongan students yang ada kat Malaysia ni khususnya. Benda ni diceritakan oleh Wira Tempur aku mase trening silat. Tengah borak-borak tetiba, dia citer pasal student.

Ada 4 jenis golongan student. First is "ordinary" students(banyak-banyak). Golongan biasa. Biasa ni macam mana?? Memang nak diterjemahkan pon aku tak reti. Tapi pada pemahaman aku, biasa ni bererti tiada apa-apa. Tiada kepentingan. Golongan ni for me paling banyak la. Macam mana dikatakan biasa tu?? Golongan jenis ni, selalunya tidak memberi sebarang impak kepada sesiapa. Apa yang dilakukan oleh mereka means nothing. Tanpa khadiran diorang pun tidak menjejaskan apa-apa di sekeliling kita. Orang-orang yang macam ni selalunya tak menonjolkan diri. Nak kata scorer x scorer, nak kata kaki buli tak pulak, nak kata pendiam tak jugak. Meanings that it is nothing wether they are there or not. Tidak meninggalkan sebarang kesan ke atas apa-apa.

Golongan kedua pulak ialah golongan "monkey" (sedikit-sedikit). Haa..yang ni special sket. Orang-orang yang macam ni selalunya kuat main. Belajar tak pandai. Pegi skolah tau nak main jer. Tapi perhubungan sosial diorang bagus. Geng yang macam ni kedua terbanyak dalam skolah or universiti. Kalo kita tengok, geng-geng yang macam ni slalunya mengecohkan keadaan. Tak kira la dalam kelas ke kat kantin ke. Pastu boleh masuk ngan sumer orang. Bile ngan cikgu plak mmang selamba jer. Diorang ni la yang selalu membuatkan cikgu-cikgu dan lecturer-lecturer pening kepala. Ye la, hubungan ngan cikgu baik jer. Diorang wat cikgu or pensyarah macam diorang punye kawan sendiri. Tapi bab study kantoi. Golongan ni sebenarnye ade kehebatan yang tak nampak pada diri mereka. Kira macam ada bakat terpendam la. Macam mana plak tu?? Cube tengok dunia luar, ramai yang skolah tak tinggi tapi berjaya dalam hidup diorang. Ade yang takde degree, bukan saje degree, SPM pon pangkat 2 (zaman dulu la). Contohnya macam bos aku mase prektikel dulu. SPM pangkat 2 jer..Bahasa Inggeris pon tak reti. Tapi disebabkan dia pandai bawak diri, pandai bergaul dengan orang yang membuatkan dia berjaya. Dia citer kat aku, dia blajar speaking London ni pon bukan masuk kelas bahasa. Tapi selalu prektis cakap ngan orang. Sampai skarang kat atas table dia ada je kamus. So golongan yang macam ni memang istimewa. Diorang memang ada potensi untuk maju dalam hidup. Cume mereka ni tidak disedarkan jer.

Then, "bookworms" (jarang-jarang)..Hahaha..yang ni memang stended la kan. Aku rase sumer orang tau diorang ni jenis yang acam mana. 24 jam ngadap buku jer. Diorang ni memang takde kije lain dah. Pagi petang siang malam, buku jer.. Yang bagus nya diorang memang scorer. Kalo final exam tu jawab pejam mata jer. Tapi masalahnya, diorang ni bile terdedah kat dunia luar, susah nak survive. Kemahiran bergaul diorang kurang. Dan kemahiran prektikel diorang pon kurang. Tapi kalo bab teori memang tak leh lawan beb. Time kije nanti susah sket nak surive. Nak dapat kije senang. Ada sesetengah tu yang bole survive, tapi susah. Diorang kena format balik cpu yang melekat kat kepala diorang tu daripada berinteraksi dengan buku kepada berinteraksi dengan orang. Susah tu..kalo ngan buku tu lain. Buku tu benda yang tak bernyawa. Takde perasaan. Kalo tak suke bole buang jer buku tu. Tapi kalo ngan orang contoh bos, takan nak buang bos plak kan?? Suke or tak suke bos kite, keje kena wat jugak. Cube la melawan. Try tengok ape jadik. Baru ko tau...

Last sekali ialah "Top Student" (kadang-kadang). Yang ni kadang-kadang jer ade kat skolah or universiti. "Top Student" ni bukan bererti hebat dari segi akademik jer. Tapi hebat daripada semuanya, akademiknya dan juga sosial nya. Pandai membawa diri. Diorang ni memang sangat susah nak jumpa. Everything they do memang excellent. Semuanya bagus. Cube lah cari orang yang macam ni. Kriteria-kriteria dia:

1) Deans List

2) Gold Award

3) Presiden MPP

4) Most Popular student

Kalo no 1,2 ngan 3 tu mungkin senang nak jumpe. Tapi bile campur ngan no 4 dia jadik susah sket. Most popular ni camne?? It means that dia ni di kalangan cikgu or pensyarah terkenal. Technicians, tukang kebun, makcik kantin, makcik cleaner, security n sumer staff pun kenal. Semua student kenal dia. And dia disukai oleh semua lecturer, staff and student yang berada dalam institusi pengajian. Kalo kite tengok dalam muvi omputih yang glemer2 ni mesti main american football or jadik cheerleader. Tapi akademik tak bagus. So asih belom sampai thaap top student lagi tuh. Kalo jumpe la golongan yang camni, memang konfem 100%, diorang akan sangat berjaya dalam hidup diorang. Dan kite ni pon sangat susah nak jadik golongan yang macam ni. Sebab tu la diorang ni kadang-kadang je kita jumpe.

Jadi, marilah kite nilai diri kita. Tengok kite ni berada dalam golongan yang mana satu. Tapi kalo berada dalam golongan yang pertama tu, lebih baik kita ubah sikap kita cepat-cepat. Takkan la sampai ke tua kite nak jadi biasa je kan. Kena la jadi luar biasa gak. ("Luar biasa"...bole cerita gak ni tp bukan skang) Sebab benda-benda macam ni akan mempengaruhi masa depan kita. Sekarang tengah belajar mmang tak napak lagi. At least bagi pembaca blog aku, dapatlah terbuka sket minda tu kerna memang itulah tujuan aku menulis blog nih.

Sekadar mengarut....

No comments: