Monday, July 28, 2008

#5 : SAUDARA

Perghh..Lame gile aku tak update blog aku nih..Itu la masalahnyer bile kepala hotak nih tak tau ape yang nak ditulis..kekadang tu pulak, dah siap tulis, tapi bile baca balik macam tak sesuai pulak untuk tatapan umum. Kalo diikutkan memang banyak sangat nak diluahkan dalam benak aku ni. Tapi still tak dapat disambungkan. Kat dalam kepala hotak ni macam jigsaw puzzle. Tengah nulis bab ni, tetibe terlintas pulak bab lain sebab ade kaitan. Pastu bile bace balik pulak, some of them hanya dapat dikongsi dengan orang-orang tertentu sahaja. Orang-orang yang 'SA-UDARA' dengan aku. Tapi tak ramai yang betul-betul 'SA-UDARA' dengan aku. Itu yang jadi tak menulis untuk sekian lama tuh.

Teringat pulak cerita sahabat aku yang pernah mengikuti kursus bersama geng usrah. Perghh…usrah tu..gilek arr sahabat aku ni. Kalo tengok muke, huh..tak sesuai langsung..Wakaakaka..(jangan marah ekk..aku tau ko bace).

‘SAUDARA’ membawa pengertian yang sangat mendalam sebenarnya. Pengertian asasnya bermaksud hubungan yang mempunyai pertalian darah antara satu sama lain. Jika dikaji dengan lebih mendalam, perkataan ‘SAUDARA’ tu boleh di pecahkan.

‘SA-UDARA’ yang membawa maksud satu angin. Satu hala. Satu arah tujuan. Tak ramai yang memahami bab ni. Untuk mengaku yang kita ni bersaudara, kita mestilah faham bahawa kita semua satu angin. Dalam sekolompok atau satu keluarga, untuk mendapatkan persepaduan yang kukuh, supaya keluarga tu erat dan mantap, kesemua ahli mestilah satu angin. Kalo bahasa pasarnya, sekepala. Semua menuju satu matlamat yang sama. Bertolak ansur antara satu sama lain. Bersefahaman dan bersependapat. Apabila semuanya berpadu, maka akan kukuh lah keluarga ini. Kekuatan sesebuah keluarga itu bergantung kepada pengertian ‘SA-UDARA’ ini. UDARA ni bermaksud angin. Angin ni ade yang sepoi-sepoi bahasa. Sifat angin ni pulak sehala. Semuanya satu tujuan. Kalo ke barat arahnya, ke barat la. Angin jugak membawa kebaikan kepada kite. Kalo tengah berpeluh-peluh tu, tak ke kite sangat-sangat memerlukan angin untuk keringkan peluh kite. Kalo panas, nak duduk bawah kipas supaya sejuk skit. Itu lah sifat angin. Penyejuk yang membawa kepada ketenteraman. Begitu juga la sifat yang patut ada dalam sebuah keluarga. Sentiasa cool. Tenang dan tenteram. Tak gagah tak lemah. Kalo bahse omputihnye underdog. Orang lain pun akan kagum dengan perpaduan dan persefahaman yang macam ni. Macam main bola sepak la, kena ade teamwork, baru pasukan tu mantap. Tapi ingat, angin ni bahaya. Angin yang kite tengok sebagai picisan ni sebenarnya boleh mendatangkan mudarat pada kite. Tengok puting beliung, bile semua angin bersatu, malapetaka jadiknya. Sama la dalam satu keluarga. Macam team bola Chelsea, main mase match rilek jer. Tapi bile skali counter attack, kelam kabut team opponent dibuatnya.

Pengertian yang kedua ialah ‘SA-UDA-DARA’. UDA dan DARA. Lelaki dan perempuan. Apa pula kaitan lelaki dan perempuan dalam ‘SAUDARA’ ni kan?? Gabungan lelaki dan perempuan sebenarnya akan memantapkan lagi sebuah keluarga tu. Kalo dalam satu keluarga tu semuanya lelaki atau perempuan, keluarga tu tidak segagah mana sebenarnya. Secara basicnya, dalam institusi kekeluargaan, mesti terdiri daripada ibu dan bapa, perempuan dan lelaki. Kita biasa mendengar, di sebalik kejayaan lelaki ada wanita di belakangnya. That’s true. Kenapa?? Sebab memang secara azalinya, dan telah dijadikan tuhan yang lelaki ni memerlukan wanita. Kecuali yang ghey..wahhahahaha…Sebabnya, satu tulang rusuk kite ni di beri pada wanita. So we need back something that we lost. Contoh macam main jigsaw puzzle kan. Kalo tak cukup satu cebisan, mane nak lengkap gambarnya kan??kite kena jugak carik cebisan yang terakhir tuh..Berusaha untuk mendapatkan gambaran yang sebenarnya di sebaliknya. Sama la macam lelaki. Sangat memerlukan tulang rusuk dia balik baru la dia rasa lengkap diri dia. Macam seks jugak. Lelaki ade satu je nafsu, sex. Dan disebabkan ia satu-satunya nafsu yang perlu dipenuhi dalam lelaki ni, dia (atau kami..wahahha) sangat-sangat memerlukan wanita. Lain la kalo ghey. Wanita pulak, tak kisah sangat pasal sex nih. Sebab dia ada sembilan nafsu, nak melawa, nak shopping, dan macam-macam lagi. Nafsu sex ni setaraf dengan nafsu yang lain bagi wanita. Tapi bagi lelaki, sex adalah segala-galanya..wakkakaka…Untuk membuktikan ape yang aku cakap ni benar, cube tengok sekeliling, wanita sekarang tak kisah kalo tak kahwin. Tengok wanita-wanita tua yang dah kehilangan suami, takde pun terkial-kial nak carik yang lain. Tapi kalo lelaki plak, hilang bini, carik lain.

Uishh..banyak ngarut dah atas ni. HAhahaha…Ape yang nak disampaikan sebenarnya ialah ada kapisti yang lelaki tak leh buat perempuan boleh buat dan ade kapasiti yang perempuan bole buat, tapi lelaki takleh buat. Contohnya, perempuan tak cukup kederat untuk membuat kerja-kerja yang melibatkan fizikal. Dan lelaki pulak tak mahir dalam bab emosi. So kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain. Dengan ade kedua-duanya dalam satu kumpulan akan membentuk satu ikatan kekeluargaan. Dari sini la akan memupuk per’SAUDARA’an. Bile digabungkan ‘SA-UDARA’ dengan ‘SA-UDA-DARA’ bayangkanlah betapa kukuh dan kuatnya suatu ikatan tu. Jika kita betul-betul memahami kedua-duanya, memang diyakini kita ni susah nak dijatuhkan. Malah lebih dihormati dan dijulang atas sifat per’SAUDARA’an ni.

Hanya sekadar perkongsian untuk tatapan pembaca blog aku yang setia. Jangan terima ape yang ditulis ni bulat-bulat. Fahamkan dan fikirkan dulu. Kalo setuju terima lah, kalo x setuju, jangan buang, simpan dulu. Mungkin suatu hari nanti akan berguna.

Begitulah adanya…

No comments: