Tak tau macam mana nak start sebenarnya nih..ade mende nak ditulis tp x tau camner nak start. Tu la masalah bile kepala hotak ni dah berat ngan mende2 camtuh. Nak luahkan x tau dari mane nak mulakan, nak bercerita kat orang takde pendengar yang 'sa-udara'. Tapi ni je la satu-satunya medium yang boleh mencurahkan ape yang tersimpan kat dalam pale hotak nih. Kekadang tu jadik gian nak bercakap. Tapi tak pandai nak mulakan dan tak ada pendengar. Baru lah aku paham pengertian 'Gila dalam waras' tu macam mana.
Setiap manusia ade kapasiti mereka tersendiri. Kapasiti atau kemampuan ni bergantung pada ilmu yang dipelajari. Bagi memantapkan ilmu tu, kena lah sentiasa meluahkan atau meng'apply'kan
ilmu tuh. Kenapa?? Sebab bile kite meluahkan atau menyampaikan kita akan sentiasa berfikir. Mesti akan timbul persoalan yang baru ketika sedang kita bercakap mengenai sesuatu perkara. Dari situ lah baru orang dapat menilai kita ni jenis yang macam mana. Orang dapat lihat sejauh mana ilmu yang kita ada. Di situ jugalah baru orang dapat melihat, dia ni jenis ordinary person or extraordinary person, yang mana bezanya hanya pada 'extra'. Tapi bukan nak citer pasal ordinary or extraordinary ni. Yang nak disampaikan kali ni pasal isi dan kulit.
Apakah yang dimaksudkan dengan isi dan kulit sebenarnya?? Ini just pada pemahaman aku. Kalau pada fahaman korang lain, ikutlah fahaman korang. Just nak share. Isi ni adalah ilmu yang ada pada diri kita. Untuk menilai sejauh mana hebatnya seseorang itu, kite kena lah tengok pada isinya. Isi mestilah mantap. Kalo buah, isi mestilah sedap. Kalo x sedap sape nak makan. Kalo isi dah kena makan ngan ulat, buruk, orang pon tak lalu nak jamah. Samalah pada kita jugak. Setiap ilmu yang kita ada tu mestilah mantap. Baru la sesuai nak dibawa dan disampaikan kepada orang lain. Untuk mendapatkan isi yang baik dan mantap, basic pon mestilah kukuh. Basic ni mesti difahami betul-betul dan diyakini. Bile basic dah kukuh baru lah ilmu tu mantap. Macam pokok, yang menjadikan pokok tu kukuh dan kuat adalah perdunya. Bile perdu dah kuat, barulah batan tu kuat. Pergi ke dahan dan ranting jugak. Bile dah sampai ke dahan dan ranting, barulah dapat menghasilkan buah yang elok. Nak tanam pokok, mestilah cari benih yang baik. Bile benih tu baik, barulah pokok tu menghasilkan buah yang lazat. Di samping tu jugak, pokok ni mestilah dijaga, disemai dan dibaja dengan baik. Ini kalo setakat benih je baik, tapi tak jage dan tak semai buat ape. Macam ilmu yang ade pade kita jugak, untuk memantapkan ilmu tu, kena la sentiasa apply. Contoh cam subjek Add Math. Nak terer subjek add maths, kena la rajin buat latihan dan mahir dalam modern math gaks. Kalo basic modern maths tak mantap, memang nak buat soalan add maths pon tak reti. Bile basic kita dah kukuh, barulah timbul keyakinan dengan ilmu kita. Bile dah ade keyakinan dan kefahaman yang tinggi tentang sesuatu ilmu tu, barulah isi tu semakin mantap. Kalo dah mantap, memang tiada keraguan lagi yang akan timbul. Semua persoalan dipermudahkan dan diperjelaskan. So, ilmu dah mantap akan tiada lagi ketakutan pada diri disebabkan keyakinan yang tinggi terhadap ilmu tu.
Bila dah isi tu mantap, kulit pulak mesti lah cantik dan mantap jugak. Kulit ni adalah pembawakan atau penampilan diri kita sendiri yang boleh dilihat oleh orang lain. Kulit ni pakaian terhadap ilmu kita. Kemantapan ilmu itu haruslah memberi refleks terhadap ilmu yang kita ada. Macam orang belajar ilmu hitam, pakaian diorang pon sentiasa nak warna hitam jer. Tujuan nya supaya orang tahu yang dia belajar ilmu hitam. Kulit ni mesti lah bersifat protect. Protect ilmu yang ada pada diri tu. So kulit kena lah mantap. Kalo ilmu tinggi melangit tapi perangai cam haram, orang pon tak respek. Malah makin dikeji pon ade. Kenalah mencerminkan ilmu tu pada luaran. Tapi jangan pulak sampai riak atau takbur. Paling senang skali, applykan dalam kehidupan. Belajar ilmu agama bagai nak rak, tapi kualiti kerja hampeh. Sepatutnya bile dah ilmu agama tu kuat, kena la tunjukan pada kualiti kerja jugak. Ini tak, cakap pasal agama jer berdegor-degor tapi kerja banyak menular. Pakai kopiah or songkok, setiap arahan yang diberi dijawab "insyaAllah". Tapi come out hampeh. Tak boleh pakai punya orang. Mengular je keje. Time kuliah tak pegi kuliah takper, tapi tak pegi ceramah or usrah tak boleh. Ceramah dan usrah bincang bab agama, dakwah. Cetek betul pemikiran. Orang macam ni macam bola. Isi tarak. Dalam tu kosong jer. Bole disepak diteranjang, dibaling.
So yang kita nak jadi macam buah durian. Tengok buah durian, well protected. Kulit dia tebal.
Susah nak kopek. Dah tu tajam plak tu. Siap ade duri-duri lagi. Bile dah kopek, isi plak sedap. Mantap. Ni baru betul. Ilmu dah ade, dah mantap, mantapkan lagi la dalam penampilan diri. Cerminkan ilmu yang di miliki tu. Kalo dah teguh macam nih, orang pon tak berani nak perkotak-katikkan. Ini lah baru dikatakan extraordianry person. Baru lah hebat. Senang nak berjaya. Semua ilmu dah kefahaman yang ade pada diri diringkaskan dalam penampilan diri. Orang yang macam senang nak naik. Dihormati dan disanjungi. So, adakah kita nak jadi macam buah durian ataupon macam bola yang boleh disepak terajang??
Tetapi kena ingat. Dari mana datangnya ilmu-ilmu ni sebenarnya. Berbalik pula pada guru. Guru yang sebenar-benar guru. Ape kaitan guru?? Guru lah yang membentuk anak muridnya. Gurulah yang mendidik. Disebabkan guru lah kejayaan seseorang itu. Guru yang hebat akan menghasilkan anak murid yang hebat. Guru sebenar-benar guru mestilah mempunyai isi dan kulit yang mantap kerna guru menjadi ikutan kepada anak murid. Anak murid mencerminkan guru. Hebat anak murid, maka hebat la gurunya. Untuk menjadi hebat seperti guru, kenalah mendapat keberkatan daripada guru. Apabila ilmu yang dipelajari itu diberkati, maka ia akan mempengaruhi sifat anak murid tu sendiri. Segala yang dipelajari akan menjadi mudah. Sedikit belajar, banyak yang dapat. Itulah yang dikatakan berkat. Jadi, guru adalah pembentuk kepada isi dan kulit kita. Maka carilah guru yang sebenar-benar guru.
Maka begitulah adanya. Sekadar mengarut saje..

No comments:
Post a Comment