Tertarik utk menulis mengenai sesuatu.Ada kawan tanya satu soalan yang mana soalan ni sebenarnya pernah ditanya oleh seorg member satu ketika dulu. Soalan yg berbunyi:
"Kenapa Allah cepat makbulkan doa org kafir tp lambat makbulkan doa umat DIA."
Dan sebenarnya aku tak berapa suka dgn soalan ni. Sebab soalan ini seolah-olah mempertikaikan "hak" yg Esa. Sedangkan kita sendiri tahu bahawa kita tak boleh nk pertikaikan hak Dia. Tp aku igt satu perkara, "tiada soalan yang salah, semua soalan betul". So kena la kasi jawapan jugak untuk menjelaskan. Dan jawapan ni aku pernah dgr sebelum ni. So kali ni aku nk jelaskan dan berikan jawapan nya supaya kita lebih jelas dan faham.
1. Ujian
Ini sebenarnya adalah ujian drp tuhan kepada hamba-Nya. Dia hendak menguji sejauh mana tahap keinginan dan kesungguhan hamba-Nya. Setiap manusia di dunia ni mmg sentiasa diuji tak kira apa agama sekali pon. Tetapi ujian-ujian yg diberikan kepada setiap manusia tak sama. Ada yang diuji dgn teruk, dan ada yg diuji dengan ujian yg ringan. Pada pendapat aku, sebenarnya ujian ni diturunkan mengikut kapasiti diri masing-masing. Dan Dia nak melihat sama ada kita dapat menangani dan berdepan serta menghadapai ujian itu mengikut kemampuan masing-masing.
Kalo dlm akademik contohnya, susah nak score sesuatu subjek. Kita akan memikirkan strategi utk mengatasi masalah tu. Tambah kan dan improvekan cara stadi kita. Buat latihan. Banyakkan membaca dan bertanyakan soalan jika tidak faham. Di sini kita dah dapat lihat yang kita cuba dgn bersungguh-sungguh utk berusaha memperoleh keputusan yg baik utk subjek tersebut. Tapi bila kita tak dapat mencapai tahap yg tinggi untuk subjek tu, atau hanya sekadar lepas jer (lulus), kita kena muhasabah diri balik. Fikir balik kenapa bole jadi begitu. Salah satu sebabnya mungkin kerana kemampuan diri dan kapasiti kita tidak mencapai tahap utk mendapat A.
Tapi bukan bermaksud kita tak boleh nak tingkatkan keampuan diri atau kapasiti diri kita. Dr sini sebenarnya mungkin Dia mahu kita tingkatkan lagi dan pertajamkan lagi kesungguhan supaya apa yg diperoleh drp ilmu itu lebih drp markah A. Tapi kalo dr awal lagi kita dah tak tahan, asyik merungut, mmg tahap tu jer la kapasiti kita dan mungkin itulah salah satu sebab kenapa Dia tidak makbulkan doa kita. Itulah ujian daripada-Nya utk lihat sejauh mana kita tahan dengan ujian tersebut dan secara tak sedar sebenarnya dalam masa kita diuji dlm tempoh yg lama itu, kita dah gain something yg lebih besar. Mungkin kefahaman kita pada ilmu itu melebihi drp mereka yang berjaya dlm markah.
2. Sabar
Sifat perlu ada pada setiap mukmin. Kesabaran yg menentukan sesuatu kejayaan. Dan inilah sifat mukmin yg semakin dilupakan. Sabar ni bukan sekejap. Kadang-kadang memakan masa yg sangat panjang (bertahun-tahun) dan kadang-kadang sekejap. Berkaitan dengan ujian td, Dia hendak melihat hamba-Nya sabar atau tidak dengan ujian yang diberikan. Tetapi sabar di sini bukan lah bermaksud kita hanya menunggu bulat-bulat tanpa sebarang tindakan. Perlu ada kesungguhan dan strategi.
Setelah ditimpa sesuatu ujian, kita kenalah memikirkan cara dan strategi untuk menghadapi ujian tu. Strategi yg difirkan pula hendaklah dijalankan dengan bersungguh hati. Dan secara pastinya mestilah istiqamah. Dalam kita menjalankan starategi tu, kita sematkan perasaan sabar. Kita seharusnya bersedia sepanjang masa kerana hanya masa yg menentukan kejayaan kita. Seperti yg telah dikatakan tadi kesabaran memakan masa. Sebagai contoh, kita tgk Rasul junjungan kita, Muhammad, berapa tahun baginda menunggu untuk menyebarkan Islam ini. Dan berapa banyak strategi telah baginda lakukan untuk menyebarkan Islam yg disertakan dengan kesungguhan, kezaman dan kesabaran yg sgt kuat yg memakan masa yg sgt panjang.
3. Yakin
Bila dah ada kesabaran akan timbul pula keyakinan. Dengan kesungguhan dan kesabaran yg dimiliki tambahkan pula dengan keyakinan. Yakin bahawa Dia akan memakbulkan doa orang-orang mukmin. Tetapi kalo kita hanya bersabar dan bersungguh tp tidak yakin dengan apa yg dilakukan dan juga tak yakin dengan ganjaran drp-Nya, ianya hanyalah sia-sia. Keyakinan yg kuat perlu dibentuk dan disematkan dlm diri supaya sejajar dengan kesungguhan dan kesabaran yg telah dibentuk td. Yakin bahawa Dia akan membantu dan memakbulkan doa hamba-hambaNya yang bersungguh-sungguh dan yakin pada-Nya. Sebenarnya boleh dispesifik kan lagi yg kita perlu yakin dengan kuasa-Nya. Dia berhak ke atas diri kita. Perlu kita yakin yg Dia akan membantu hamba-Nya. Tapi dengan syarat kita bertawakkal kepada-Nya. Setelah habis kita berusaha dengan bersungguh-sungguh kita serahkan segalanya kepada-Nya untuk membuat keputusan. Dengan keyakinan yang kukuh pasti doa dimakbulkan.
Jika doa tidak dimakbulkn sekarang, hendaklah kita yakin bahawa suatu hari nnt Dia akan memakbulkan doa kita. Bukannya terus mempersoal. Sebab Dia mahu melihat sejauh mana keinginan dan kesungguhan kita terhadap doa yg dipinta. Tambah kan sedikit lg kesabaran, tingkatkan kesungguhan dan kuatkan keyakinan, pastinya doa dimakbulkan.
4. Rahman dan rahim
Rahman Dia untuk semua dan Rahim-Nya khusus utk mukmin. Rahman(Pemurah) untuk semua makhluk. Semua makhluk termasuklah yg bukan Islam. Tetapi kita bukan hanya mahukan Rahman dripada-Nya. Kita mahukan sekali Rahim (Penyayang) daripada-Nya. Dan pada pemahan aku, Rahman ini is boarderless. Semua boleh mendapatnya sebab sifatnya yg Maha Pemurah memberikan apa saja kepada makhluk-Nya. Berbeza pula dengan sifat yg Maha Penayayang. Pada pemahaman aku di sini, Rahim ini diberikan hanya kepada mereka yang benar-benar kasih dan sayang kepadanya. Jadi, kita pun sepatutnya hendaklah begitu. Bagaimana nak dapat Rahim ni. Pada aku senang saja, turuti perintah-Nya, ikut segala arahan dan tinggalkan segala larangan-Nya. Dan sentiasa merapatkan diri kepada-Nya. Tingkatkan kasih dan cita kita kepada-Nya. Apabila kasih dan cinta kita kepada-Nya sgt kuat sudah pasti Dia akan membantu org-org yg dikasinahi-Nya. Dan pastinya doa org-org ini dimakbulkan.
------------------------------------------
Gabungan keempat-empat jawapan ni sudah cukup rasanya untuk menjawab persoalan yg telah ditimbulkan. Tetapi hendak kita ingat setiap satu di atas berkait antara satu sama lain. Jika mantap kesemuanya, pasti tidak timbul persoalan yg diterbitkan.
Ditambahkan juga dua jawapan yg br aku dengar, dan buat sama-sama kita fikir:
1. Sebab Dia tak suka dgr suara org-org kafir, sbb tu Dia makbulkan doa mereka.
2. Sebab Dia nak dgr suara org-org Islam berulangkali, sbb tu Dia lambat makbulkan doa org Islam.

No comments:
Post a Comment