Wednesday, August 6, 2008

#9 : DOA MAKBUL

Tertarik utk menulis mengenai sesuatu.Ada kawan tanya satu soalan yang mana soalan ni sebenarnya pernah ditanya oleh seorg member satu ketika dulu. Soalan yg berbunyi:

"Kenapa Allah cepat makbulkan doa org kafir tp lambat makbulkan doa umat DIA."


Dan sebenarnya aku tak berapa suka dgn soalan ni. Sebab soalan ini seolah-olah mempertikaikan "hak" yg Esa. Sedangkan kita sendiri tahu bahawa kita tak boleh nk pertikaikan hak Dia. Tp aku igt satu perkara, "tiada soalan yang salah, semua soalan betul". So kena la kasi jawapan jugak untuk menjelaskan. Dan jawapan ni aku pernah dgr sebelum ni. So kali ni aku nk jelaskan dan berikan jawapan nya supaya kita lebih jelas dan faham.



1. Ujian


Ini sebenarnya adalah ujian drp tuhan kepada hamba-Nya. Dia hendak menguji sejauh mana tahap keinginan dan kesungguhan hamba-Nya. Setiap manusia di dunia ni mmg sentiasa diuji tak kira apa agama sekali pon. Tetapi ujian-ujian yg diberikan kepada setiap manusia tak sama. Ada yang diuji dgn teruk, dan ada yg diuji dengan ujian yg ringan. Pada pendapat aku, sebenarnya ujian ni diturunkan mengikut kapasiti diri masing-masing. Dan Dia nak melihat sama ada kita dapat menangani dan berdepan serta menghadapai ujian itu mengikut kemampuan masing-masing.


Kalo dlm akademik contohnya, susah nak score sesuatu subjek. Kita akan memikirkan strategi utk mengatasi masalah tu. Tambah kan dan improvekan cara stadi kita. Buat latihan. Banyakkan membaca dan bertanyakan soalan jika tidak faham. Di sini kita dah dapat lihat yang kita cuba dgn bersungguh-sungguh utk berusaha memperoleh keputusan yg baik utk subjek tersebut. Tapi bila kita tak dapat mencapai tahap yg tinggi untuk subjek tu, atau hanya sekadar lepas jer (lulus), kita kena muhasabah diri balik. Fikir balik kenapa bole jadi begitu. Salah satu sebabnya mungkin kerana kemampuan diri dan kapasiti kita tidak mencapai tahap utk mendapat A.


Tapi bukan bermaksud kita tak boleh nak tingkatkan keampuan diri atau kapasiti diri kita. Dr sini sebenarnya mungkin Dia mahu kita tingkatkan lagi dan pertajamkan lagi kesungguhan supaya apa yg diperoleh drp ilmu itu lebih drp markah A. Tapi kalo dr awal lagi kita dah tak tahan, asyik merungut, mmg tahap tu jer la kapasiti kita dan mungkin itulah salah satu sebab kenapa Dia tidak makbulkan doa kita. Itulah ujian daripada-Nya utk lihat sejauh mana kita tahan dengan ujian tersebut dan secara tak sedar sebenarnya dalam masa kita diuji dlm tempoh yg lama itu, kita dah gain something yg lebih besar. Mungkin kefahaman kita pada ilmu itu melebihi drp mereka yang berjaya dlm markah.


2. Sabar

Sifat perlu ada pada setiap mukmin. Kesabaran yg menentukan sesuatu kejayaan. Dan inilah sifat mukmin yg semakin dilupakan. Sabar ni bukan sekejap. Kadang-kadang memakan masa yg sangat panjang (bertahun-tahun) dan kadang-kadang sekejap. Berkaitan dengan ujian td, Dia hendak melihat hamba-Nya sabar atau tidak dengan ujian yang diberikan. Tetapi sabar di sini bukan lah bermaksud kita hanya menunggu bulat-bulat tanpa sebarang tindakan. Perlu ada kesungguhan dan strategi.


Setelah ditimpa sesuatu ujian, kita kenalah memikirkan cara dan strategi untuk menghadapi ujian tu. Strategi yg difirkan pula hendaklah dijalankan dengan bersungguh hati. Dan secara pastinya mestilah istiqamah. Dalam kita menjalankan starategi tu, kita sematkan perasaan sabar. Kita seharusnya bersedia sepanjang masa kerana hanya masa yg menentukan kejayaan kita. Seperti yg telah dikatakan tadi kesabaran memakan masa. Sebagai contoh, kita tgk Rasul junjungan kita, Muhammad, berapa tahun baginda menunggu untuk menyebarkan Islam ini. Dan berapa banyak strategi telah baginda lakukan untuk menyebarkan Islam yg disertakan dengan kesungguhan, kezaman dan kesabaran yg sgt kuat yg memakan masa yg sgt panjang.


3. Yakin


Bila dah ada kesabaran akan timbul pula keyakinan. Dengan kesungguhan dan kesabaran yg dimiliki tambahkan pula dengan keyakinan. Yakin bahawa Dia akan memakbulkan doa orang-orang mukmin. Tetapi kalo kita hanya bersabar dan bersungguh tp tidak yakin dengan apa yg dilakukan dan juga tak yakin dengan ganjaran drp-Nya, ianya hanyalah sia-sia. Keyakinan yg kuat perlu dibentuk dan disematkan dlm diri supaya sejajar dengan kesungguhan dan kesabaran yg telah dibentuk td. Yakin bahawa Dia akan membantu dan memakbulkan doa hamba-hambaNya yang bersungguh-sungguh dan yakin pada-Nya. Sebenarnya boleh dispesifik kan lagi yg kita perlu yakin dengan kuasa-Nya. Dia berhak ke atas diri kita. Perlu kita yakin yg Dia akan membantu hamba-Nya. Tapi dengan syarat kita bertawakkal kepada-Nya. Setelah habis kita berusaha dengan bersungguh-sungguh kita serahkan segalanya kepada-Nya untuk membuat keputusan. Dengan keyakinan yang kukuh pasti doa dimakbulkan.


Jika doa tidak dimakbulkn sekarang, hendaklah kita yakin bahawa suatu hari nnt Dia akan memakbulkan doa kita. Bukannya terus mempersoal. Sebab Dia mahu melihat sejauh mana keinginan dan kesungguhan kita terhadap doa yg dipinta. Tambah kan sedikit lg kesabaran, tingkatkan kesungguhan dan kuatkan keyakinan, pastinya doa dimakbulkan.



4. Rahman dan rahim


Rahman Dia untuk semua dan Rahim-Nya khusus utk mukmin. Rahman(Pemurah) untuk semua makhluk. Semua makhluk termasuklah yg bukan Islam. Tetapi kita bukan hanya mahukan Rahman dripada-Nya. Kita mahukan sekali Rahim (Penyayang) daripada-Nya. Dan pada pemahan aku, Rahman ini is boarderless. Semua boleh mendapatnya sebab sifatnya yg Maha Pemurah memberikan apa saja kepada makhluk-Nya. Berbeza pula dengan sifat yg Maha Penayayang. Pada pemahaman aku di sini, Rahim ini diberikan hanya kepada mereka yang benar-benar kasih dan sayang kepadanya. Jadi, kita pun sepatutnya hendaklah begitu. Bagaimana nak dapat Rahim ni. Pada aku senang saja, turuti perintah-Nya, ikut segala arahan dan tinggalkan segala larangan-Nya. Dan sentiasa merapatkan diri kepada-Nya. Tingkatkan kasih dan cita kita kepada-Nya. Apabila kasih dan cinta kita kepada-Nya sgt kuat sudah pasti Dia akan membantu org-org yg dikasinahi-Nya. Dan pastinya doa org-org ini dimakbulkan.


------------------------------------------


Gabungan keempat-empat jawapan ni sudah cukup rasanya untuk menjawab persoalan yg telah ditimbulkan. Tetapi hendak kita ingat setiap satu di atas berkait antara satu sama lain. Jika mantap kesemuanya, pasti tidak timbul persoalan yg diterbitkan.


Ditambahkan juga dua jawapan yg br aku dengar, dan buat sama-sama kita fikir:


1. Sebab Dia tak suka dgr suara org-org kafir, sbb tu Dia makbulkan doa mereka.
2. Sebab Dia nak dgr suara org-org Islam berulangkali, sbb tu Dia lambat makbulkan doa org Islam.


Mungkin juga kan?? Sama-sama kita fikirkan. Dan haruslah kita ingat, tiada jawapan yang salah dan semua soalan betul.

#8 : FINAL SEMESTER: DO NOT STRUGGLE

Buhsan dok kt bilik. Rumet balik kampung. Tak tahu nk wat ape. Nk gi jalan2 duit plak tade. Dah tak tau nak wat per, cubela utk menulis. Tp nk start nih punya la payah. Tak dapt carik tajuk ape nak ditulis. But i know, once i start ade la nnt idea dtg tuh. Nak menulis ni pon kena ade sumting yang nk ditulis. Bukan bleh taram jer.

Kan dah datang idea. Nak tulis sket pasal ilmu. Final year dah skang nih. Kalo diikutkan dah 16 or 17 thn aku dah tuntut ilmu since dr tadika, or maybe lebih. Macam-maca ilmu dah gained. For final year and final sem, aku sdg belajar sumting dat different from everything i learned before. Kalo time skolah sampai masuk u, blajar ikut buku. Tp dis final sem, i learned sumting dat is not in the book.

I think all final semester student should consider this. And take this important. Final sem is not the same as form 5 or 3 or darjah 6. It is totally different. When we are in the final semester, there's no need for us to struggle for the final anymore. It's not like form 5 struggle for SPM. Kalo mase SPM tuh mmg wajib la kene struggle coz the results yg menentukan kita samada masuk U or just dok kt umah. But it depends on kite punyer rezki gaks. Ade gak org yg struggle stadi, dpt result not bad tp still dok kt umah coz x dpt offer ke mana2 walhal dah apply. Time UPSR menentukan kita samada layak masuk ke skolah bagus2 or not, same jugak cam PMR. SPM plak menentukan kite ke institusi pengajian tinggi.

Drp situ kite nampak yg ilmu2 yg dipelajari ni digunakan utk future. Digunakan utk mempelajari sumting yang baru. But still using books to study. Still in the same environment. Ade buku, ade cikgu yg mengajar ngn ade homework, assignment or projek yg bertimbun2. Untuk final semester, wat we should think is not about pointer anymore. Kalo nak pikir pasal pointer, supposely struggle since beginning. The last semester should be relax. Tak payah nak berpulun2 kepala hotak ngn equations ke ape ke lg. Wat we should do is gained sumting dat will beneficial to us after studies. Something that help u when u works. Kalo tanya pengalaman-pengalaman org yang grad, diorg sendirik ckp, ape yg blajar kt U ke skolah ke pakai 10% jer. Or maybe less. Diorg ckp, bukan aku cakap. So kenapa kita still nak pecah kepala stadi gile2 lagik. Ye dakk??

Ape yg sepatut nya kite carik in the final sem ni is knowledge that is not in the book. Byk sgt ilmu2 yg xde dlm buku nih. Lg byk drp yang tercatit dalam buku. Ilmu-ilmu nih x dibukukan sbb bergantung kepada kite punye skills. And this knowledge is much more expensive than the knowledge that u learned from the book.

Contohnya in the final sem, kite cube improvekan skill yang kite ade. Skill communication. Berinteraksi dengan orang. Orang ni plak ade macam jenis and level. So kite kena la rapatkan diri ngan mereka ni sume. Dekatkan diri ngan diorang. Kite sendirik boleh tgk, kalo org tua, mcm mana cara diorg bercakap. Ape perbualan yang dibualkan. Kalo ngan budak2 sebaya plak, lain cara mereka berbual. Dan berbeza gak ngn budak2 yang lebih muda drp kita. Cara pemikiran diorg sumer nih lain. Dr situ kite dapat la blajar, kalo kite jumpe dan berborak dgn org-org yang lebih berumur macam kite, kite dah tau care pemikiran diorg camner. Kalo yg muda camne. Dr situ kite dah dpt byk kawan dan pengalaman yang boleh diapply bile keluar dr universiti nnt. Same jugak dgn perbezan taraf. Cube dekatkan diri ngn Manager, Lawyer, Technician, dsb. kite tgk mcm mana cara dan pemikiran mereka. So bile kite dah dpt pengalaman dgn sentiasa berbual dgn diorg nih, dlm interview nnt aku jamin, takde dlm masalah. Bile dah keje nnt lagi la. Maybe dpt promotion dgn cepat.

Ada yang sedar dgn benda2 nih. Tp kebanyakan tak tau mcm mana nak peroleh pengalaman macam ni. For me it is simple. Join la aktiviti ko-kurikulum yg ade. Contoh cam aku, join silat. Dalam silat ade macam2 jenis org. Macam2 golongan. Ade org tua, ade muda. Ade golongan2 tinggi, manager, lawyer. Kat situ boleh la aku belajar macam mana nak berdepan dgn golongan2 yang macam ni bile keluar nnt. Drp silat jer, aku rase tahap communication skill aku maybe dah same level ngn org yang bekerja 3 thn. Aku rase jer la. Kalo korang rase salah terpulang.

Kenapa aku rase mcm tu?? Sebab dlm persatuan silat nih, aku diberi tanggungjawab utk menjaga kelas. So kt dlm kelas aku ni ade mcm2 jenis org. Budak2 bawah kelas aku ni semua student. Tp perangai diorg nih macam2. Ade yg jenis cengih, ade yg degil, ade yg nerd, ade yg ske melawak jer sepanjang mase. So kat sini, aku bleh apply ape yg aku blaja. Aku boleh handle, kalo org yg jenis cengih cam nak nak handle. Yang jenis malas, cam ne nak handle. So drp situ kite bole improvekan skill kite. Skill handle the situation. Kite bole control org. Kalo org ni ego ngn kite, kite kena lagi 2 kali ego ngn dia. Kalo dia ni jenis low profile kite kena lagi double low profile drp die. then bile aku dah tau perangai diorg ni mcm mana, aku bleh tau mcm mana nk comunicate ngn diorg nih. Communicate dlm masa yg same menjaga hati kedua2 belah pihak.

Mula-mula tu aku pn mmg x berapa pandai camne nk communicate ngn jenis2 org camni, tp bile aku rapat ngn penyelia, dia pon share la sket pengalaman dia how to handel org2 camni. Kalo ade problem ke ape ke, aku tanye pendapat die. Dia dpt la share pendapat dia ngn aku. So kt situ jer aku dah dpt tau camne nk berkawan dgn org yg lebih berusia drp aku. Bile selalu rapat ngn penyelia aku, secara automatik aku pn jadik rapat ngn kawan2 yang sebaya ngn dia and mebe ade yg lebih tua drp dia. So kt sini dah berlaku satu proses ilmu, belajar. Aku blajar mcm mana cara kite nak berbual ngn org berusia drp kite and hwo to solve problems through their experiences. And diorg nih plk dr pelbagai level, ade yang manager, bekas polis, lawyer, cikgu, bisnesman. So drp situ aku dpt tgk dan blajar care pemikiran diorg ini. Dan aku boleh apply bile berdepan dgn golongan2 yang mcm ni. Secara tak langsung jugak, aku blajar cara nak handle situation and i apply it in kelas silat.

Bagi aku, ilmu2 yang mcm ni la yg sgt susah nak dicari skang nih. Skill inside us that needs to sharpened. But to sharpened it, we need someone to guide us. And to get someone that can guide us, we have to find them. They who have an experience in these. But this studies need patient. Mula2 aku pn mcm x tahan. Ye la, dok borak ngn org tua, diorg nih slalu borak bab2 kawin la, politik la. Mmg boring la. Tak kena ngn jiwa yg muda nih. Tp bile dah lame ngn diorg ni, br la kite dpt sumthing yg tak ternilai. Yg mana pada masa yg sama mematangkan pikiran kita. Memajukan corak pemikiran kita. Dan sgt berguna pada masa akan dtg terutama bile kerja nnt. Sbb time keje yg dinilai ialah cara pemikiran kita dan kebolehan kita, bukannyer pointer kite.

Tp malang skali aku rase sbb still x ramai lg kawan2 aku yg nampak benda nih. Ade yg still struggle nak mampos ngn pointer. Aku gelar diorg ni giler pointer. Hahahaha.. Tp lantak diorg la, sbb x memberi ape2 kesan kt aku pon. Tp kalo diorg yg kejar2 pointer ni dpt dua-dua skali (pointer n skills), mmg aku salute la. Tabik spring aku kasi. Tp aku still tak nampak lg calon2 yg ade ciri2 mcm tuh.Nk kata aku ni jauh panggang dr api la.

So to all my frens and readers, pikirkan dulu ape yg aku ckp nih. Jgn terima atau sokong bulat2. Pikir lu, tapis elok2. pastuh baru buat keputusan. Sebab setiap org lain kapasitinya.

#7 : Seminar Pengukuhan Akidah

8 April arituh ade seminar kt tempat aku bljar nih. Saje la pegi kan, nak jugak tau dan mantapkan akidah nih..ngahahaha..Aku just nk tau pengertian akidah adakah sama seperti yang aku dpt drp Wira Tempur aku, atau pon just cerita pasal solat jer sepertimana yang aku agak. Semangat berkobar-kobar pegi nih. Pencarian dimulai bersama teman seperjuanganku (bukan teman tp mesra ekk).

But wat i was looking for is foundless. Intipati yg aku cari drp seminar tu tiada. Mula2 aku nk bangkitkan pasal management. Tgk dr segi management, tatau la maybe this is their first time kot (tp aku rase dah byk jer event2 yg diorg handle) mmg sgt mengecewakan. There's no punctuality in the event. Byk sgt masa yang di makan atau dicuri (curi tu kan haram). Ni bukan aku yg kata, diorg sendirik yang asyik dok sebut, " masa mencemburui kita, kita terpaksa mencuri sedikit masa makan...bla..bla..". Tp ape yg aku nampak diorg sendirik yg x pandai menggunakan masa tu sebaiknya. Pada slot yg pertama sepatutnya, masa Q&A. Sepatutnya memberi peluang kepada peserta utk bertanya. Ramai yg nak bertanya, tp sbb mase kami telah dicuri oleh mereka2 ini, terpaksa la simpan jer dulu soklan tuh.


Masa


Kenapa slalu nak menyalahkan masa??masa tu kan dah diperuntukkan, so pandai2 la uruskan masa tuh. Kalo sendirik pandai uruskan mase, takkan ade la istilah masa mencemburui kita la, curi masa la. Apa daa... Mase Q&A pd slot pertama tu jugak, ade sorang pakcik nih bg soalan and soalan ni ditujukan kepada panel. So yg sepatutnya panel shj la yg menjawab. Lgpon masa tuh hanya diperuntukkan kps peserta dan panel shj utk sessi soal jawab. Tp boleh plak menjemput pandangan ustaz lain utk beri jawapan. This is not a forum. Kalo forum boleh la buat camtuh. So siapa yg membuatkan masa x cukup sebenarnya?? Masa utk kami telah dicuri, CURI TU KAN HARAM???


Then aku tgk byk masa2 yg terluang tu disia-siakan. Di mana masa2 yg seperti ini sepatutnya di isi la sket dgn penerangan ke. Lawak jenaka ke soal jawab ke. Ini tidak, mase yg terluang tu hanya dibiarkan begitu shj. Dah berlaku satu pembaziran kt situ. Bazir tu kan amalan syaitan. Ape aku dtg majlis SYAITAN ke ni?? Awal masuk dah ckp dlm pantun, "Jalan menuju ke Syurga". Tp pengamalan nya zero.


Lagi satu kelemahan dlm majlis tu ialah tidak menyediakan air kepada para panel dan vip yg berucap. Padahal benda tu common sense. Org byk bercakap mestilah letih, sakit tekak, tekak kering. Kesian aku tgk kt panel2 yg berucap tu. Mereka dijemput utk bercakap panjang lebar, tp air tak disediakan. Masa majlis penutup tu, Dato' Zaim berucap, org tu tgh2 bercakap, tetiba batuk. Batuknya mcm nak mati. Tp aku tak nampak sorang pon ajk pegi hulurkan air kt dia sampai la dia abis berucap. Kalo mati Dato' tu kt situ depa pedulik hape kan. Ye la, ajal maut kn kt tgn tuhan. Kt sini dah nampak yg adab tu kurang.


Cerita pasal adab nih plak, aku br teringat satu lg kes dlm majlis tu. Tp mebe benda nih diorg x nampak, sbb bg diorang hanyalah perkara kecil. But for me, kalo benda kecik pon kita tak nampak, mcm mana kita nak nampak yg besar. Ye dak??Kesalahan kecik pon dibiarkan, kalo besar ape tah lg. Mcm kate pepatah, kecik2 lame2 jadik bukit. Time Q&A pada slot 1, sepatutnya soalan yg dijawab, soalan pompuan tu dulu, bukan soalan yg kedua. Ikut priority la. Itu pn common sense gak la. Ala, bab2 common sense pn lemah, camne nk betulkan bab2 yg lain...


Pengisian


Perkara kedua yg aku nk bangkitkan ialah dari segi pengisian. Kt sini au sertakan la jugak idea2 sepatutnya how this event should be. Sorry to say, but for me this event is failed. Kenapa failed?? Ye arr, langsung x mencapai objektif. Keluar drp tajuk. Tajuk 'Seminar Pengukuhan Akidah'. So sepatutnya isi lah dgn care2 mcm mana nak memantapkan dan mengukuhkan lg akidah tu. Bukan hanya berbincang pasal isu2 ajaran sesat, perbezaan agama, dan keruntuhan moral. Benda2 tuh boleh dibincang, tp tidak sepatutnya diutamakan. Ape yg sepatutnya diutamakan ialah pasal akidah tu.


Pada slot yg pertama misalnya, sepatutnya di huraikan pengertian akidah yg sebenar. Apakah yg dimaksudkan dgn akidah dlm Islam. Bagaimana akidah dihubungkaitkan dgn manusia dan tuhan. Mcm mana hendak mencapai tahap kekuatan akidah yg unggul. Tp tarak. At least sepatutnya menghuraikan penertian akidah tu. Mendalami maksud dan pengertian akidah. Sepatutnya menerangkan dan menjelaskan pengertian akidah tu dulu. Apa yg dimaksudkan dgn akidah. Kena la memahamkan peserta pengertian akidah yg sebenar. Pada slot tu juga aku igt lg, soalan sorang pakcik tuh, Pakcik Aziz, dia sendiri ckp, "..saya kecewa arini, sbb sy nk dengar pasal akidah. Apa yg dimaksudkan dgn akidah tu, tp....bla bla..". Kalo org yg dah berumur, berpengalaman boleh ckp mcm tu, knapa aku tak boleh plak kan?? Sbb dia tua?? Dia juga peserta sama macam aku. Kami berkongsi hak yang sama.


Then pada slot yg kedua tu sepatutnya diisi dgn cara2 memantapkan dan mengukuhkan akidah plak. Pada slot pertama, pengertian, bila dah paham brlah kita isi dgn cara utk memntapkan plak akidah tu. Br la cantik benda tu. Ye x?? Mcm beli keta la, kite kena tau kemampuan kete tu dulu, paham dulu laju mane kete tu bole gerak, engine transmission kete tu camne. Dh paham pasal kete tu br lah terserah pada kite nak bawak kete tu camne mengikut kemampuan kete tu. Nak kasik mantap lg kete tuh, kite pasang la turbo ke, NOS ke. Pastu make up sket nk kasik kete tu nampak mantap.


And the last slot should be diskus about other things, beza agama, isu sosial, ajran sesat, dsb. Br la cantik majlis tu. Betul x?? Bukannya masuk2 terus kite berbicara pasal kesan2 kekurangan akidah. Tu dah terbalik dah. Sepatut nya bincang yg perdu dulu, pastu br la kita bleh bincang pasal ranting ke, daun ke. Sama mcm kete td la, dah kite ade kete, dah tau kemampuan kete tu, dan cantik kete tu, mesti la kita syang kt kete tu kan. So bile dah sayang, takkan la kita nak bawak kete tu embabi buta. Mesti kita seboleh-bolehnya nak mengelak kete tu drp sebarang eksiden. Calar skit pon kita tanak. Sebab calar yg sket tu la nnt yg akan mencacatkan kereta tu. Faham ke anologi nih?? X paham lantak korang la. Aku rase dah cukup direct dah.


Itu je lah pandangan aku pasal SPA arituh. Bg mereka aku tatau la. Kalo depa org igt event tu berjaya, lantak depe la. Aku pedulik hape. Tiada kaitan ngn aku pon. Tp aku nampak kelemahan dlm event tu. Hampa sgt bagi aku sbb Tajuk tu langsung x sesuai dgn event tu. Sepatutnya tajuk tu ditukar kpd "Pembentangan Kertas Kerja Kerosakan Akidah" br la sesuai dgn pengisian yg diberikan. U can lie to other people but not me. Hahahaha..