Satu persoalan yang dikemukakan
oleh seorang teman yang bakal menjadi cikgu. Dan untuk cikgu itu, ini lah jawapan daripada
saya yang sederhana.
Question:
“if seeds failed to become flowers,
was it the teacher’s fault?
did the teacher fail?”
Answer:
Murid atau org yg mahu dan sedang
belajar ibarat tunas yg sedang berkembang. Kemahuan dan keinginan yg tinggi dlm
pencarian ilmu memang dimiliki oleh mereka. Namun mereka memerlukan penunjuk
(guidance) dlm pencarian mereka. Kerana mereka ini masih suci, seumpama sehelai
kain putih yang terbentang yang perlu dicorakkan oleh seorang pencorak atau
pelukis untuk mencatikkan kain itu. Kesenian dan kemahiran yang perlu ada pada
individu inilah yang akan mennetukan nilai kain putih itu. Seumpama kain batik,
betapa cantik nya corak yg dilukis untuk mejadikan kain itu lebih bernilai.
Tunas yang sedang berkembang perlu
dijaga, disemai sebaik mungkin. Untuk memastikan tunas tu menghasilkan bunga
yang baik, maka setiap perkara yang terlibat dalam pemprosesan perkembangan nya
juga perlu dijaga dengan baik. Tempat penyemaian nya perlu sentiasa dijaga. Air
yang mencukupi diberikan bukan berlebihan kerana air yg berlebihan hanyalah
sia-sia. Tidak digunapakai.
Dalam berkebun contohnya nak
menanam pokok bunga atau pokok buah. Perkara pertama yg kita akan dapatkan
ialah benih yang baik. Kita pelajari dulu bagaimana pokok itu hidup. Apa
kriteria-kriteria yang diperlukan. Cara-cara yang terbaik untuk menjaganya
supaya membuahkan hasil yang baik. Kemudian di baja dengan baja yang paling baik dan ditanam di tempat
atau tanah yg baik. Disemai dan dijaga dengan baik dan disiram dengan air yang
secukupnya.
Begitu juga lah dalam membentuk dan mendidik.
Kita kena pastikan dulu sejauh mana kapasiti seseorang itu sebelum menyampaikan
ilmu. Kenali murid kita. Tahu sejauh mana kapasiti diri nya. Setiap manusia
dilahirkan dengan kapasiti diri yang berlainan. Ada yang genius, ada yang
lembap. Kita tak boleh nak salahkan mereka jika mereka tidak faham dengan apa
perkara yang kita sampaikan. Sebaliknya kita kena menerang dan menjelaskan
kepada mereka secara perlahan dan penuh kesabaran. Dan tinggalkan mereka dengan
seribu persoalan berserta petunjuk untuk mereka mencari pengertian yang
disampaikan. Perkara ini lah seorang penyampai atau pengajar perlu seharusnya
titiberatkan. Orang yang mengajar seharusnya mengetahui sejauh mana kebolehan
dan kapasiti diri setiap pelajarnya.
Pengajar juga perlu berfirian kreatif dan
kritis. Cara penyampaian nya harus lah menarik dan kreatif. Kalau hari-hari cara
yang sama, murid sendiri pon akan mudah terasa bosan untuk belajar bahkan
mereka boleh meneka setiap cara kita. Tapi berlainan pula jika kita sentiasa
mengubah cara penyampaian kita. Hari ni cara tegas, esok lembut, kemudian
gabung dan bermacam-macam lagi. Pelajar pon tak boleh nak predict bagaimana
cara kita sebab kita sentiasa melakukan pembaharuan dalam cara penyampaian
kita. Di sini lah sepatutnya pengajar itu harus menjadi seorang yang
‘Unpredictable’. Barulah timbul keseronokan dalam mengajar dan belajar.
Tetapi sebaliknya pula kalau pengajar tu
tidak nampak kebolehan pelajarnya. Tidak faham dan tidak tahu sejauh mana
kapasiti setiap pelajarnya. Disebabkan itu lah pelajar menjadi rosak. Apabila
pengjaar tidak memahami dan mengetahui kapasiti pelajarnya sudah pasti dia
tidak tahu cara yang terbaik untuk menyampaikan perkara yang hendak
disampaikan. Dia akan melayan setiap pelajarnya sama sahaja. Input yang
diberikan semua nya sama untuk semua pelajarnya. Itu lah sepatutnya dielakkan.
orang yang lembap kenalah dididik secara perlahan. Orang yang jenis pemikiran
maju, pandai atau genius pula baru boleh disumbat dengan perkara-perkara yang
advance. Jika perkara-perakra yang advance disumbatkan juga ke dalam relajar
yang jenis slow ni, pasti perkara tersebut akan menyusahkan dirinya kerana
tiada kemampuannya untuk berfikir sejauh itu.
Begitu juga cara penyampaiannya. Oleh kerana
dia tidak mengetahui kapasiti setiap muridnya, dia akan menyampaikan semuanya
dengan cara yang sama. Tidak kreatif. Yang lembap kadang-kadang akan dipaksa
untuk memahami sesuatu perkara. Ini lah yang tidak betul.
Bukan lah salah anak murid jika seseorang
murid itu gagal. Tetapi pengajar yang seharusnya bertanggungjawab ke atas apa
yang terhasil kepada anak muridnya. Seperti analogi yang disampaikan tadi,
pengajar atau guru bagaikan pelukis atau pencorak yang akan mencorakkan sehelai
kain putih atau sekeping kertas kosong. Kebolehan dan kemahiran guru itulah
yang menjadi penjana kepada kecantikkan kain yang dihasilkan itu. Jika baik dan
cantik kain dihasilkan maka tinggilah nilai kain tersebut dan sebaliknya. Namun
pengajar juga harus mengerti pengertian murid. Murid yang sebenar-benar murid
adalah murid yang mentaati dan mengaplikasi apa yang diajar kepadanya. Sama
juga seperti guru, guru yang sebenar-benar guru seharusnya memahami setiap anak
muridnya dan tahu bagaimana untuk menghasilkan dan membentuk anak muridnya.
Tetapi tidak pula saya menyebut kerosakan pelajar
adalah salah guru semata-mata. Orang yang mencari dan menuntut ilmu seharusnya
berada di dalam keadaan yang suci dan bersih. Ianya berkaitan dengan HATI. Hati mestilah sentiasa bersih
untuk memastikan ilmu yang diperoleh adalah tidak sia-sia dan sangat berguna.
Namun jika hati itu hitam, penuh dengan kekotoran, ia akan menutup cahaya yang
ada pada hati itu untuk menyerap ilmu yang diperoleh. Disebabkan itu lah
pelajar susah memahami perkara yang hendak disampaikan.
Sama juga seperti pengajar, yang seharusnya
mempunyai hati yang tulus dan bersih dalam menyampaikan sesuatu perkara. Haruslah
memasang niat dan bersungguh-sungguh dalam membentuk dan mendidik pelajarnya. Tetapi
jika ada sedikit perasaan atau perangai syaitan dalam diri, seperti ingin
menunjuk-nunjuk kebolehan dan kelebihan ilmu yang ada atau timbul riak dengan
ilmunya, maka akan terhasil dan terbentuk lah anak murid yang seumpama dengan
sifatnya itu.
Itu sajalah pandangan saya ke atas
persoalan yang di kemukakan. Tidak semestinya apa yang disampaikan ini betul.
Fikirkan dahulu dan bawa berbincang dengan orang lain. Kerana lain orang lain
persepsinya.
