Ingin sambung sedikit mengenai
ilmu. Ilmu berada di
mana-mana. Tidak kira di mana kita berada, di situ ada ilmu. Tapi bergantung
kepada kita bagaimana nak cari ilmu tersebut. Apa pengertian ilmu yang
sebenarnye? Ilmu adalah suatu yg subjektif. Yang sukar utk dinyatakan. Kerana
ilmu ini bermula daripada sifat ingin tahu yang ada dalam diri. Dan apabila
sifat ingin tahu itu dipenuhi, itulah dikatakan ilmu. Dan bagaimana dikatakan
sesuatu ilmu adalan ilmu yang berguna atau ilmu sia-sia juga bergantung kepada diri
kita sendiri. Jika ilmu yang kita peroleh itu memberi kebaikan kepada diri
kita, itulah ilmu yang berguna. Pertahankan dan kembangkan ilmu itu selagi
mampu.
Menonton wayang atau vcd juga sebenarnya mengajar kita. Sambil menonton wayang
atau muvi dari cd atau dvd, janganlah kita menonton kosong sahaja. Bagaimana
kosong tu? Kosong yang dimaksudkan di sini ialah menonton tanpa mendapat
pengajaran langsung daripada muvi yang ditonton. Itu lah yang dikatakan
sia-sia. Ilmu yang sia-sia, tidak membawa kepada kebaikan. Bahkan merugikan.
Merugikan masa kita menonton filem tersebut. Disebabkan itulah sesetengah
golongan beranggapan bahawa menonton wayang hanya membuang masa. Tambahan pula
menonton di panggung di mana ada yang berpendapat pergi ke panggung tidak dibolehkan
kerana itu tempat maksiat. Tapi pernah tak anda semua terfikir, panggung wayang
boleh menjadi tempat penyebaran ilmu?
Apa yang perlu dilihat di panggung wayang bukan pada tempatnya. Tetapi
sepatutnya kita lihat apa yang kita akan perolehi dari tempat yang sebegitu.
Kenapa panggung wayang dikatakan tempat maksiat? Sebab gelap. Alasan itu
sebenarnya sangat tidak lojik. Bagaimana pula ade mereka yang bersembahyang di
masjid (qiamulail) dalam keadaan gelap? Suasana yang sama. "Lelaki dan
perempuan duduk berasingan". Mungkin ini jawapan bagi persoalan tu. Tapi,
jika keadaan itu sudah gelap, bukankah senang lelaki menyelinap masuk ke
bahagian perempuan? So ape significantnya alasan gelap ini. Secara
terang-terangan alasan ini saya tolak.
Pergi masjid untuk sembahyang, beribadah. Gelap tidak mengapa, yang pentingnya
ibadah atau sembahyang tu. Jadi sama la juga kalo saya katakan, saya pergi
panggung wayang untuk belajar, belajar sesuatu daripada filem. Bukankah belajar
itu juga satu ibadah. Menuntut ilmu itu kan wajib. Akan timbul la pula alasan
tempat belajar itu. Sudah saya jawab dalam perenggan di atas.
Bagaimana yang dikatakan dapat belajar dengan menonton wayang? Sebenarnya
perkara ini senang sahaja, cuma kita sendiri yang tidak nampak. Sama seperti saya
sebelum ini, tidak nampak pon di mana kita belajar sambil menonton wayang.
Tetapi apabila telah diajar, ditunjuk dan difahamkan mengenai menuntut ilmu ni, barulah
saya faham dan mengerti serta tahu untuk tidak mensia-siakan masa dan ketika
menonton wayang itu. Kerana saya akan dapat mempelajari sesuatu hasil daripada
filem tersebut.
Contoh macam satu cerita Jet Li, "Hero". Cerita pasal seorang
pengamal kungfu hendak membunuh raja yang kejam kalo tak silap. Jangan lihat
pada kehebatan filem itu saja. Cuba kita perhalusi dan dalami bagaimana filem
itu dilakukan. Dalam ceritu tu, setiap scene pertemuan hero itu dengan
seseorang, berlainan warnanya. Bersesuaian dengan keadaan pada ketika itu,
suasana dan emosi watak dalam cerita tu. Dari situ kita dapat belajar bagaimana
warna mempengaruhi emosi dan suasana seseorang. Dan boleh diaplikasikan dalam
kehidupan seharian. Kalo tak percaya, cuba perhatikan kawan-kawan atau orang di
sekeliling. Tengok pada pakaian nya dan lihat bagaimana emosinya pada ketika
itu.
Dalam cerita tu juga diselitkan bagaimana Jet Li mengatur strategi untuk
mendekatkan diri dengan raja supaya dia boleh pancung kepala raja tu. Strategi
yang sangat detail hingga orang lain tidak perasan. Macam mana dia
berkomunikasi dengan rakan-rakan yang kononnya dibunuh tu. Saya sendiri pon
tidak perasan ketika menonton filem itu. Bagaimana hendak perasan sebab dia
menggunakan body languange untuk berkomunikasi dengan kawan dia tu.
Kemudian cuba lihat pada pemandangan dan lokasi tempat mereka buat penggambaran. Ada
satu tempat tu, ketika dia sedang berlawan di satu tasik. Tempat yang sangat
cantik, air tasik yang sangat tenang dan cantik bagaikan cermin dan suasana
ketika tu suram dan tenang yang menyebabkan saya yang menonton pun sendiri
terasa ketenangan di tempat tu. Bila dah tengok keindahan alam tu, barulah
terfikir kepada Penciptanya. Yang mencipta keindahan yang menakjubkan itu.
Terbitlah pula perkataan "Subhanallah" dari mulut. Kerana kekaguman
yang teramat sangat keatas keindahan alam tersebut. Bukankah itu juga salah
satu cara kita belajar. Belajar mengenali keindahan ciptaan tuhan. Secara tidak
langsung kita telah menundukkan diri kepada-Nya keatas keindahan ciptaan-Nya
itu da nkehebatan-Nya.
Jadi tidak salah lah kiranya jika saya cakap menonton wayang juga boleh
mendapat ilmu. Dan wayang itu sendiri bukan lah tempat maksiat. Cuma orang yang
menyalah gunakan tempat tersebut untuk melakukan maksiat. Tetapi jika pegangan
kita kuat, dan selagi kita yakin kita tidak akan terdorong ke arah tersebut
mengapa kita perlu berhenti menonton wayang? Jangan mudah terpengaruh dengan
pendapat orang. Lihat dan kaji dahulu. Jangan lihat pada siapa atau di mana
ilmu itu disampaikan, tapi lihat lah apa yang disampaikan. Mungkin daripada
menonton wayang tu kita dapat pahala. Siapa tahu. Sebab bukan kah di mana ada
majlis ilmu, di situ adanya malaikat? Fikirkan…

No comments:
Post a Comment