Friday, February 27, 2009

#11 : Adab Dalam Menuntut Ilmu

Kesinambungan daripada ilmu dan tempat, ada
lagi satu perkara yang sepatutnya diambil berat oleh seua penuntut. Perkara
asas yang menjadi perdu kepada keberkesanan ilmu tersebut. Ada sesetengah yang
susah memahami perkara yang disampaikan. Ada yang mudah saja sudah boleh
memahami perkara yang disampaikan. Ada yang memakan masa untuk memahami seperti
berhari-hari, berbulan-bulan, dan bertahun-tahun pon ada. Mungkin ada
sesetengah yang akan berkata itu semua bergantung kepada kapasiti memori di
dalam otak kita untuk memproses perkara yang diperoleh. Memang benar apa yang
dikatakan. Tetapi pemprosesan memori itu boleh dipercepatkan. Seumpama
komputer, kalau nak laju kena tambah memori atau RAM. Ataupun yang paling
basic, format semula komputer tu.



Dalam menuntut ilmu, perkara yang perlu sangat dijaga ialah ADAB ketika
menuntut ilmu. ADAB adalah asas atau perdu dalam kehidupan seharian kita. Adab
bukan sahaja berkaitan dengan org tua, malah dengan budak kecil pun kita kena
menjaga adab kita. Dan saya berminat untuk bercerita mengenai bab ADAB DALAM
MENUNTUT ILMU
.



Bagaimana dikatakan BERADAB dalam menuntut ilmu? Adab yang dimaksudkan di sini
ialah menghormati orang yang menyampaikan ilmu tersebut. Tidak kira pangkat
darjat atau apa jenis ilmu yang disampaikan. Perkara yang sangat asas ni
seringkali di lupakan oleh kita sendiri termasuk la saya. Dan itu lah tujuan
saya menulis agar dapat memberi peringatan kepada kita semua tentang perkara
ini.



Cara nya sangatlah mudah dalam menghormati orang yang menyampaikan. Pertama
sekali ialah ketika dia sedang bercakap atau memberi syarahan atau
menyampaikan, cuba kita menjadi a good listener. Jangan bercakap ketika dia
sedang bercakap, dengar dan cuba fikirkan. Kalau tak nak dengar apa yang disampaikan
pon, duduk diam. Tak perlu la kita berborak dengan kawan di sebelah. Hanya
cukup sekadar berdiam diri. Dan kadang-kadang, lagi bagus tidur daripada
bercakap dengan kawan ketika si penyampai sedang menyampaikan. Si penyampai
yang sedang menyampaikan itu bukan sahaja sebenarnya menyampaikan apa yang
hendak disampaikan, malah sebenarnya dalam pada masa yang sama, dia mencari
siapa yang betul-betul mendengar dan berminat untuk belajar. Kenapa jangan
bercakap ketika orang sedang menyampaikan? Sebab apabila seseorang
bercakap. ia akan menganggu fokus si pengajar yang sedang mengajar dan boleh
menyebabkan dia terus hilang minat untuk menyampaikan apa yang hendak
disampaikan. Oleh itu, marilah kita sama-sama mencuba untuk elakkan diri
daripada bercakap ketika orang lain sedang bercakap di dalam suatu majlis ilmu.
Tidak kira apa jenis ilmu yang disampaikan, hormatilah orang yang menyampaikan
sesuatu perkara tersebut walaupun pangkat atau kedudukannya lebih rendah
daripada kita. Dan jika kita rasa susah untuk menghormati orang tersebut (mungkin
kerana perangainya yang tidak berapa elok) sekurang-kurangnya, cubalah
menghormati perkara yang hendak disampaikan. Kalau salah satu perkara ini pun
tak boleh nak dilakukan, lebih baik elakkan diri daripada menyertai majlis
ilmu.

Perkara ringan yang seperti ini lah selalunya
dilupakan atau terlupa untuk laksanakan, terutama sekali kepada golongan
mahasiswa. Kalau tak percaya, cuba lihat dan perhatikan perbezaan adab antara
budak sekolah dengan mahasiswa. Kalau budak sekolah, apabila menyertai suatu
majlis ilmu, sama ada mereka akan diam atau tidur. Ada juga segelintir yang
akan bercakap dan berborak sesama rakan, tapi hanya segelintir. Berbanding
dengan relajar ipt. Kalau tak percaya cuba perhatikan ketika kuliah sebagai
contoh, lebih ramai yang akan berborak sesama kawan sendiri berbanding tidur
dan mendengar. Berborak sahaja dah jadi satu hal, ditambah pula dengan kutukan
terhadap pensyarah yang sedang menyampaikan. Bukankah itu tak beradab?? Biarpun
kita lebih pandai daripada pensyarah itu tapi tidak perlulah sampai mencaci
atau mengutuk dia. Sebab perkara itu akan menjatuhkan maruah dia. Saya sendiri
pon kadang-kadang buat perkara ni. Tapi sekurang-kurangnya apabila saya menulis
pasal adab ini, saya sendiri akan beringat.
Nanti orang akan cakap saya
cakap tak serupa bikin pula.

Penghinaan terhadap penyampai ini
lah sebenarnya sering sangat berlaku. Tidak cukup kutuk ketika berada di dalam kelas, ditambah pula
mengumpat atau mengata dia di luar kelas. Ceritakan keburukannya lepada
kawan-kawan yang lain. Bukankah itu sudah menjatuh kan air muka penyampai
tersebut. Menjatuhkan maruahnya.
Apabila tersebar keburukannya, maka
hilanglah rasa hormat ke atas dirinya. Akan menjejaskan perestasi kerjanya dan
berkemungkinan akan menyebabkan hidupnya porak peranda atas umpatan yang kita
lakukan sehingga menjadi fitnah. Merosakkan hidup orang lain, atau lebih
dahsyat lagi memusnahkan kerjaya dan hidup dia. Ekoran daripada fitnah tersebut
yang menyukarkan dia mendapat peluang untuk membuktikan dan membaiki prestasi
dirinya. Hilang
kepercayaan dan rasa hormat yang patut dimiliki ke atas dirinya akibat daripada
fitnah kita. Betapa besarnya salah kita jika perkara ini berlaku.

Adab memang sangat penting sebab ia berkaitan
dengan hati. Cuba bayangkan kita di tempat orang yang menyampai dan pada ketika kita sedang
menyampai tu kita nampak orang lain sedang berborak. Ditambah pula kita
terdengar apa yang mereka borakkan atau sembangkan dan paling dahsyat lagi kita
sendiri mendengar mereka mengutuk kita ketika kita sedang menyampai. Begitulah
perasaan orang yang sedang bercakap jika dia tidak dihormati ketika bercakap.
Kerana itu sangatlah penting untuk kita menjaga adab ketika menyertai majlis
ilmu. Penyampai itu juga
manusia biasa seperti kita. Mana tahu apabila dia mendengar kita bercakap buruk
terhadap dia, dan dia sakit hati dengan kita. Macam-macam yang boleh dia buat.
Dan yang paling penting sekali secara pastinya KEBERKATAN terhadap ilmu itu
tidak akan sampai kepada pendengar. Apabila tiada keberkatan, ilmu itu menjadi
sia-sia. Sebab kita tidak tahu bagaimana hendak mengaplikasikan ilmu itu dan
susah untuk kita memahami perkara yang disampaikan walaupun sudah banyak
rujukan dan sumber bacaan yang telah dibuat.

Jadi, diharap semua pembaca mengambil berat
terhadap ADAB ini. Pengertian mengenai adab ini lebih luas. Tetapi saya hanya
ingin menekankan pada bab ilmu sahaja kerana diperhatikan ramai yang lupa akan
perkara ini. Fikirkan sebaik-baiknya, apa yang disampaikan dulu. Jangan terus
menerima dan menyokong, kerana kita mempunyai hak ke atas diri kita sendiri
untuk mengakui sama ada sesuatu perkara ini benar atau salah. Gunakan akal dan
hati dalam membuat sesuatu keputusan. Dan akan lebih cantik lagi jika ADAB ini
dibawa dan diaplikasikan dalam mana-mana situasi kita berada. Jika
berkesempatan akan saya huraikan lagi bab ADAB ini dalam situasi-situasi yang
lain.

No comments: