Monday, July 28, 2008

#4 : Lonely

Kesunyian, keseorangan. Kita sebagai manusia memang kadang-kadang berasa kesunyian atau keseorangan. Tetapi kita sendiri yang tidak sedar bahawa kita tidak pernah berseorangan. Kita sentiasa berdua. Ke mana di mana, dan bila masa kita tetap berdua. Tidak pernah timbul keseorangan. Hanya kita sendiri sahaja yang merasakan keseorangan. Walhal kita berdua. Disebabkan berasa keseorangan itulah kita menjadi kesunyian. Kerna tiada teman untuk berbicara, luahkan hati dan perasaan. Hati menjadi sunyi kerna tiada apa yang dapat menghiburkan hati kita yang sedang berduka. Dan kesunyian ini lah yang boleh menjerumuskan kita ke arah kegilaan.

Ketika kita berseorangan, kita sebenarnya sedang berbicara dgn hati kita. Hati kecil ini berkata-kata. Tetapi secara batinnya. Sungguhpun begitu, kita masih mendengar perbualan hati kita. Hati ini memberi setiap pandangan bagi setiap persoalan yang timbul dalam benak fikiran kita. Setiap jawapan yang kita fikirkan akan terselit kata-kata hati untuk memberikan pandangannya. Jadi, pada bilakah kita berseorangan?? Tidak bukan. Bukankah hati itu menjadi teman kita berbicara ketika kita berasa keseorangan. Dan apabila hati menyahut setiap perbualan kita, maka ianya sudah menjadi satu perbualan (di mana konsep perbualan itu mestilah perbicaraan antara dua pendapat). Perbualan dalam diri kita sendiri. Sudah tiada lagi timbul keseorangan di situ.

Seperti diri kita juga, kita bukannya "satu". Tapi kita sebenarnya adalah dua. Kenapa dua?? Badan + roh = kita. Betul tak anologi aku nih. Kalo tak betul takpe la. Tapi aku ngaji macam tuh. So macam itulah pemahaman aku. Bagi aku ini adalah basic atau asas yang kukuh yang menyatakan bahawa kita tidak berseorangan. Jika hanya badan yang ada, takan jadi namanya manusia. Kalo roh saja pula yang ada, takkan ada la kita di dunia ini. Tetapi roh kita tidak nampak. Roh itu adalah batin yang disembunyikan. Kalo dua-dua nampak (roh dan badan) tak ke lari orang tengok kita. Maka gabungan roh dan badan itulah menjadikan kita seorang.

Memang indah ciptaan tuhan yang Esa kan?? Menyembunyikan sesuatu yang cantik (batin) di dalam jasad kita. Kecantikan yang sebenar manusia tidak ditonjolkan secara zahirnya. Indahnya ciptaan tuhan yang batin itu tidak dapat kita bayangkan. Kenapa?? Cuba diteliti, kita mendengar hati kecil kita berkata-kata, tetapi adakah kita menggunakan telinga kita utk mendengar?? Kita boleh gambarkan wajah ibu bapa kita ketika berjauhan, adakah kita melihat mereka menggunakan mata?? Habis tu macam mana kita mendengar dan melihat jika tanpa menggunakan telinga dan mata??

Ketika sedang kita bersendirian, berbicara dengan hati, jangan lah lupa pada Dia yang sentiasa ada. Kerna kebanyakan kita mudah lupa pada-Nya. Disebabkan itulah ada yang sampai sanggup mencederakan diri sendiri, terutama sekali bagi mereka yang putus cinta. Jauh tersorok dalam sanubari kita yang kita sebenarnya masih ada Dia yang sentiasa bersama kita. Cuma kita sahaja yang tidak sedar. Memang amat susah nak sedarkan benda ni kerna ianya bergantung kepada diri kita sendiri. Jangan kita lupa yang kita akan sentiasa pulang kepada-Nya. Contohnya bila ditimpa musibah, pada ketika itulah baru kita ingat pada-Nya, meminta pertolongan dari-Nya. Jadi pada bilakah kita berseorangan. Dan pada bila pula kita berasa kesunyian?? Apabila kita sudah hampir dan selalu mengingatinya kita tidak akan lagi berasa keseorangan dan kesunyian. Hati yang kecil ini akan sentiasa mengingatkan kita bahawa Dia sentiasa bersama.

Muhasabah lah diri kita semula. Selami diri. Kaji lah diri kita sendiri. Kenalilah diri sendiri. Apabila kita sudah kenal dengan diri kita sendiri, akan tiada lagi berseorangan kerna kita sentiasa punya teman. Teman yang agung yang senantiasa berada di samping hamba-hamba-Nya. Yang senantiasa akan menolong hamba-Nya daripada kemungkaran dan kesedihan. Dan ketahuilah bahawa menjadi HAMBA amatlah susah. Akan datang banyak ujian ke atas dirinya daripada yang Esa. Maka hendaklah kita bersabar ke atas segala ujian-Nya. Mari kita bersama-sama mencoba untuk mendekati dan memahami pengertian HAMBA yang sebenarnya dan berusahalah untuk menjadi HAMBA YA RABBI.

Renungkanlah...

No comments: